Menderma Sambil Membeli Cenderamata PPDa

Bilik Sumber PPDa mengalu-alukan derma dari pengunjung Bilik Sumber PPDa dengan membeli cenderamata yang dijual di bilik ini. Di antara bentuk cenderamata adalah penanda buku, pensel, pen dan buah epal. Selamat membeli dan menderma! Terima Kasih.

Pertandingan bilik PPDa 2008

Pada tahun ini, sekolah kita akan menyertai pertandingan bilik PPDa peringkat kebangsaan dimana kita akan mewakili negeri Kedah. Oleh itu diharap para pelajar akan menyumbang tenaga dan idea untuk memastikan sekolah kita mendapat kejayaan.

Sekapur Sireh

Assalamuailaikum,

Bersyukur ke hadirat Illahi dengan limpah kurniaNya unit PPDa Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Kemara, Changlun berjaya mengwujudkan blog ini.

Semoga adanya blog ini, kita dapat bersama-sama mendapat manfaat yang berguna terutamanya dalam berkongsi maklumat dan pandangan khususnya di dalam pendidikan pencegahan dadah.

Kami mengalu-alukan para pengunjung dapat memberi sokongan dan pendapat bagi memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada di dalam blog kami.

Sekilas Pandang





Carta Organisasi Dan Program



Aktivit-aktiviti







Program Pendidikan Pencegahan Dadah di Sk Dato Wan Kemara

Program Pendidikan dan Pencegahan Dadah di sekolah ini telah bermula sejak tahun 2003 lagi dimana pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menyemai semangat bencikan dadah serta menambah ilmu pengetahuan tentang bahaya dadah.